(*)
Hendak ku sulam sulam sembilan
Paras sejengkal hatinya
Langkahmu tuan permata intan
Cahya tumpang cahayanya
Kalau tahu coraknya beranggi
Corak kasih suji ku emaskan
Kalau mahu rasaku nak pergi rindu kelemasan...
Reff:
Semarak (sulaman sembilan)
Pancaran memancar (sulaman sembilan)
Dipuncak mahligai (sulaman sembilan)
Di langit yang biru (sulaman sembilan)
Bunga kembang nan asalnya wangi,
Kembang layu tidak ku buang
Layu mekar harumnya ke pagi buatmu seorang...
(**)
Padaku tegakkan tiang belayar
Padamu kembangnya ditiup angin
Janji ombaknya mencecah pantai
Berlayar menuju ke arah seribu
Pergiku bak guruh hilang suara,
Pergimu bak air mengalir sepi
Janji kata indah yang membara
Semarak kasih suci bukannya mimpi...
[Interlude]
Back to: (*), Reff, (**) 2X
(Semarak kasih suci bukannya mimpi),
Semarak kasih suci bukannya mimpi...
Labels:
Lagu Malaysia,
Siti Nurhaliza
Thanks for reading Siti Nurhaliza – Sulam Sembilan. Please share...!
0 Comment for "Siti Nurhaliza – Sulam Sembilan"