Siti Nurhaliza – Nian Di Hati

Suburnya nian sukar dimadah
Mekar jiwa dilamar mimpi
Kasih sepantun tulisnya sudah
Hanya rindu ikatan hati
Berlumpur intan seri masih bertandang
Bagai bulan dipagar bintang...

Angin berderu ombak mengalun
Melambai daun sedang rimbun
Sarat di hati rindu ditanggung
Airmata ku tak terbendung
Dikau ku sanjung cinta suci terulung
Di jiwaku semakin ranum...

(*)
Terpadamlah gundah di hati
Setenangnya air di kali
Hilanglah resah terpancar naluri
Janji yang diikat teguh berdiri...

(#)
Lafazlah sejujur hatimu
Setulus halusnya budimu
Damaimu sesudah gerimis
Bawa daku bersama meniti pelangi...

Reff:
Ku yakin di sana menanti
Mahligai kencana abadi
Disaluti sutera asli
(Selimut cinta aroma harum) kasturi
Kasihmu beraja (di hati), kasihku bertahta (di jiwa)
Walaupun tiada di mata (Cintamu tetap sebati...)

Sungguh bererti kasih dan sayang
Seribu sumpah kau tunaikan
Cinta berkurun kasih berzaman
Kerana sayang ku turutkan
Guruh di laman umpamanya gurindam
Mengusap di hati yang rawan...

[Interlude]
Back to: (*), (#), Reff
Labels: Lagu Malaysia, Siti Nurhaliza

Thanks for reading Siti Nurhaliza – Nian Di Hati. Please share...!

0 Comment for "Siti Nurhaliza – Nian Di Hati"

Back To Top